Perempuan bertudung memang mempunyai banyak
koleksi tudung tak kira jenis tudung sekalipun. Bawal ke, shawl ke, instant ke
dan macam-macam jenis lagi. Mesti dah berpuluh-puluh koleksi dan mungkin ada
yang sampai satu almari koleksi tudung dia. Tak mustahil ada banyak macam tu.
Koleksi Fiza setakat ni cuma ada 3 laci bertingkat je. Itupun mana yang tak
pakai banyak letak kat kampung je. Kalau tak, memang boleh jadi ada satu almari
kecil koleksi tudung je.
Nak buang sayang. Nak simpan tapi tak pakai, rugi juga kan. Kadang tu jual murah-murah je. Boleh buat koleksi baru? Errr, tu dah di kira menambah koleksi baru lagi. Almaklumlah fesyen tudung ni sentiasa berubah. Kenalah ikut up to date koleksi fesyen tudung terkini kononnya. Tapi lepas dah habis musim tetap juga dengan fesyen yang sama sebab dah terbiasa dan selesa pakai macam yang biasa kita pakai. Betul tak?
Bagi kau orang yang mempunyai banyak koleksi
tudung tu, mungkin ada sesetengah tudung tu akan jadi tudung favourite kau
orang dan selalu pakai tudung tu. Tapi kalau selalu pakai secara kerap memang
agak kusam lah tudung tu. Macamana nak jaga tudung biar nampak macam baru? Haa,
kau orang ikut 6 Tips mudah penjagaan tudung sentiasa nampak macam baru ni.
Hari-hari lebih bersemangat nak pakai tudung yang cantik dan nampak baru gitu.
6 Tips Mudah Penjagaan Tudung Nampak Macam Baru.
1.
Gunakan Pelembut Fabrik.
Pertama sekali, kau orang gunakan pelembut
fabrik tak kisah jenama apa sekalipun. Rendamkan tudung seketika didalam air
suam yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci beserta bahan pelembut.
Pastikan sabun pencuci tu jenis cecair ye bukan jenis serbuk. Kemudian bilas
tudung dengan air bersih sehingga tiada kesan sabun ataupun kesan pelembut
fabrik melekat pada tudung. Sidai macam biasa.
2.
Jangan Sental Terlalu Kuat.
Untuk mengelakkan tudung kau orang cepat rosak,
sebaiknya cuci tudung dengan cara menyental tudung dengan menggunakan tangan
atau menggunakan kaedah ramas je dengan lembut. Kalau ada kotoran, boleh
gunakan berus atau gunakan tangan dan gosok perlahan-lahan sampai kotoran
hilang pada tudung.
3.
Jangan Cuci Tudung Menggunakan Mesin Basuh.
Jangan masukkan tudung kau orang dalam mesin
basuh dan basuh bersama dengan baju-baju lain sebab akan merosakkan kain tudung
kau orang. Kain tudung kan diperbuat daripada fabrik yang lembut. Kalau nak
basuh menggunakan mesin basuh, pastikan masukkan tudung ke dalam bekas
berjaring supaya fabrik tudung tak rosak.
4.
Tidak Terdedah Dengan Cahaya Matahari Terik.
Memang cepat kering
kalau sidai tudung bawah cahaya matahari terik. Tapi kau orang kena beringat,
tudung yang disidai di bawah cahaya matahari akan menyebabkan warna tudung kau
orang cepat pudar sama macam baju-baju kau orang juga. jadi, sidai di tempat
cahaya yang redup dan tidak terkena direct cahaya matahari.
5.
Gosok Tudung Dengan Suhu Yang Sesuai.
Disebabkan jenis fabrik
tudung ada pelbagai jenis, kau orang kena tahu suhu yang sesuai dengan fabrik
tudung tersebut. Untuk fabrik jenis chiffon dan silk kainnya memang lembut,
jadi kena lebih berhati-hati menggosok dengan menggunakan suhu yang tidak
terlalu panas untuk elakkan tudung kau orang terbakar.
6.
Simpan Dengan Betul.
Ada banyak cara untuk menyimpan tudung kau orang
yang banyak tu. Ada yang guna kaedah gantung menggunakan penyangkut khas, ada
yang lipat dan susun elok dalam almari atau laci mengikut jenis-jenis
tudung. Pastikan caranya simpannya betul mengikut jenis tudung kau orang. Kalau
jenis bawal dan shawl lipat je. Tapi kalau tudung sarung tu sebaiknya gantung
untuk elakkan awning dia elok berbentuk.
Sebenarnya ada banyak lagi tips penjagaan
tudung, ini sebahagian yang Fiza baca dan kongsikan dengan kau orang. Kalau ada
lagi tips penjagaan tudung yang lain, tinggalkan dalam kotak komen ye. Jangan
lupa sharing is loving.
Kredit to : AZHAFIZAH MN
Untuk lebih informasi tentang tudung, boleh layari FB Page
di bawah ini:

Comments
Post a Comment